[banner_tembok.JPG]

 

 

Karya; Wak Kacang Ui.

Tarikh; 12 Julai 2007.

 

Sungguh hairan dengan isu yang bukan harian ia keluar dalam berita utama? Isu tembok Israel yang memisahkan Semenanjung Gaza dengan Tebing Barat, saban hari saban malam menghiasi berita di dada media.

 

Tetapi, ada apa pula dengan tembok UPM?

 

Acapkali adanya UPM muncul di dada media tempatan, kerana kejayaannya memperolehi pingat dan anugerah dalam bidang penyelidikan. Kadangkala, kerana berita mengenai kejayaan UPM memperolehi geran penyelidikan paling tinggi berbanding IPTA yang lain. Kadangkala, kerana berita mengenai pembangunan modal insan di UPM, dsb.

 

Tidak kurang juga, UPM muncul di dada media tempatan, kerana pergaduhan dan kekecohan yang berlaku di Kolej 12. Kadangkala, kerana berita mengenai penindasan hak mahasiswa untuk berpersatuan. Kadangkal[tembokisrael3.JPG]a, berita mengenai budi bahasa pengawal keselamatannya. Kadangkala, berita mengenai harga makanan yang melampau di dalam kampus. Kadangkala, berita mengenai mahasiswa (yang tidak berpenaja) tidak dapat menyempurnakan pengajian kerana gagal membayar yuran. Kadangkala, (yang terkini) berita mengenai masalah larangan untuk membawa masuk kenderaan pelajar ke dalam kampus sendiri, dsb.

 

Waduh, banyak sekali berita yang buruk tentang kampus UPM ini (berbanding berita yang baik-baik). Pada pandangan anda, ini universiti mendidik mahasiswa kah? Atau kandang menternak haiwan kah?

 

Jika salah seorang pemimpin universiti ditakdirkan menjadi Perdana Menteri Malaysia kelak, agaknya tidak akan wujud lagi kilang kereta di bumi bertuah ini.

 

Mengapa mahasiswa dianaktirikan? Mahasiswa nak masuk rumah sendiri, tetapi dihalang oleh 'pemaju' walhal rumah ini rumah milik mahasiswa berkenaan.

 

Mengapa begitu sempit sekali pemikiran para pemimpin universiti? Mengapa mahasiswa dihambatkan dengan masalah demi masalah? Sempit sangatkah pemikiran mereka? Adakah pemikiran mereka setakat sampai di tembok pagar batu yang mengelilingi UPM ini?

 

Tembok pagar batu yang mengelilingi kampus UPM ini sendiri telah menggambarkan betapa sempitnya pemikiran pentadbir UPM. Layak kiranya jika seorang yang waras dan hanya berkelulusan SPM sahaja yang memegang jawatan penting di dalam UPM seperti Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor untuk meneraju universiti ini ke arah yang lebih gemilang.

 

 

[tembokisrael2.JPG]

Kerana terlalu hebat kepayahan untuk melebar luaskan pemikiran yang terkongkong oleh tembok pagar batu ini, sesuatu usaha perlu dilakukan agar pemikiran di luar sempadan dapat dicapai iaitulah anjakan paradigma. Biar apa juga usaha, biar beban yang dipikul itu sangat berat, namun begitu mahasiswa tidak harus dijadikan mangsa keadaan!

 

Lihatlah bagaimana usaha seorang mahasiswa yang mahu keluar dari tembok jajahan pemikiran. Terpaksa memanjat tembok itu untuk melepasi dunia di luar tembok batu itu. Agar dunia itu dapat memberi ilham dan aspirasi kepada masa depannya yang lebih cerah dan cemerlang.

 

Andaikata suatu masa nanti, istilah 'tembok Israel' ini akan menjadi sebutan popular di kalangan orang awam malahan mahasiswa sendiri, ini tidak boleh dipersalahkan oleh pentadbir universiti yang terdahulu. Ini adalah kerana, aura dan tindakan pentadbir sekarang telah menggambarkan betapa sempitnya pemikiran mereka sesempit kampus ini yang dipagar oleh tembok yang amat tebal ini. Ianya sempit dan lagi menyempitkan.

 

Usaha untuk merobah kesempitan ini harus dimulakan dengan kesedaran mahasiswa kini. Kemudian, tindakan dan kaedah penyelesaiannya harus dipikul secara bersama di kalangan ahli akademik sedia ada (yang matang dan terbuka luas fikiran mereka), bagi menyempurnakan usaha melahirkan mahasiswa yang didambakan oleh hasrat negara menjelang tahun 2020 nanti. Ahli akademik yang dimaksudkan ini adalah tulen dan suci perjuangannya, tidak ada kepentingan peribadi di dalam kampus ini (samada jawatan, gaji lumayan, kenderaan peribadi, jumlah geran yang diperolehi, dsb). Mereka ini tidak sempit fikirannya, walaupun dipagari 'tembok Israel' ini. Ini adalah kerana, perjuangan mereka dalam membangunkan anak bangsa adalah perjuangan yang suci.

 

Namun begitu, masih wujud lagikah golongan yang dimaksudkan ini? Jika masih wujud, mari kita sama-sama tumbangkan tembok Israel ini. Mari kita luaskan pemikiran dan kematangan kita. Apa guna dengan title professor yang berlambak di dalam kampus, sedangkan mahasiswanya masih tertindas dan pemikiran mahasiswa masih di takuk lama. Mereka (mahasiswa UPM) masih memikirkan bahawa mereka kini masih di dalam sekolah menengah lagi. Mari kita lakukan sesuatu demi kegemilangan Malaysia!

 

 

 

Nota; Wak Kacang Ui adalah aktivis masyarakat. Beliau juga adalah Alumni UPM dan kini bergiat aktif dalam dunia korporat dan perniagaan. Tidak lama lagi, Wak Kacang Ui akan muncul dengan buku pertama beliau yang sarat dengan isu-isu semasa.

 

 

 

 

 

Anda Mahasiswa UPM?

 

Anda mempunyai masalah di dalam kampus?

Pengangkutan? Meal Plan? Harga Makanan? Sistem akademik? Yuran? Kemudahan kolej kediaman?

Sila adukan masalah anda kepada kami. Kami boleh membantu anda.

Emailkan aduan anda ke mahasiswaupm@yahoo.com

 

Kerana kami ada cara!

P/S; Add kami ke dalam .

Friendster anda dengan email ini! .

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kembali ke Halaman Utama Mahasiswa-UPM